Thursday, September 27, 2007

HOW TO IMPROVE TEACHING & LEARNING IN THIS CLASS

Pada pendapat saya, cara untuk meningkatkan pembelajaran di dalam kelas puan Hasnah mestilah lebih berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Hal ini bertujuan untuk membina kemesraan di antara pengajar dan para pelajar. para pelajar pula mestilah memberi komitmen dengan memberi kerjasama kepada pensyarah.

Interaksi dengan menggunakan cara menyoal dan menjawab juga merupakan salah satu contoh cara komunikasi yang berkesan disamping dapat memberikan kefahaman yang baik kepada pelajar berkaitan dengan tajuk yang diajar di dalam kuliah.

kaedah lain ialah ketika proses pembelajaran diadakan pelajar digalakkan menggunakan laptop atau dekstop kerana kaedah ini sangat sesuai dengan kursus ini. Kaedah ini dilaksanakan apabila pensyarah sedang mengajar tentang cara2 untuk menggunakan kemudahan2 didalam perkhidmatan internet para pelajar pula terus mengaplikasikan pelajaran tersebut agar mereka faham atau tahu bagaimana untuk menggunakannya. kaedah yang saya jelaskan ini adalah berbentuk teori dan praktikal. Hal ini kerana menurut pemerhatian saya kaedah praktikal ini lebih mudah diterima dan difahami oleh para pelajar disamping membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

PAKAIAN TRADISIONAL SUKU KAUM DUSUN

Masyarakat dusun adalah suku kaum terbesar atau majoriti di Sabah. mereka mempunyai pakaian tradisional mereke tersendiri. Pada kebiasaannya pakaian tradisional yang dipakai oleh penduduk sabah diperbuat daripada bahan asli. Pakaian-pakaian ini berwarna gelap atau hitam dan lazimnya dihiasi dengan sulaman dan hiasan tepi yang banyak. Satu ciri pakaian masyarakat asli yang sangat ketara ialah penggunaan tanjak dibuat daripada sehelai kain dastar yang berukuran tiga kaki persegi.Bagi suku kaum Kadazandusun, warna hitam adalah warna asas tekstil yang digunakan untuk membuat pelbagai bahan pakaian untuk lelaki dan wanita. Bagaimanapun, hari ini pakaian-pakaian ini banyak dihiasi dengan sulaman yang berwarna-warni, labuci yang berkilat serta hiasan tepi daripada benang emas yang diimport.
Kesemua ini dipakai dengan tali pinggang duit syiling perak, rotan atau hiasan pinggang yang dibuat daripada manik, kalung manik serta hiasan perak dan lain-lain.Kaum wanita suku kaum Rungus, Dusun Tindal dan Lotud serta wanita Kadazan dari Papar adalah jelas kelihatan warna-warni dan bentuk yang berbeza. Setiap pakaian yang dipakai oleh mereka ini mempunyai bentuk, corak dan motif yang berbeza yang menjadi ciri kaum di daerah masing-masing.Persamaan dari segi cara dan bentuk pakaian nyata kelihatan dikalangan Dusun Lotud dan Bajau di daerah Tuaran dan Dusun Tindal di daerah Kota Belud. Lelaki dan wanita Bajau memakai baju berlengan serupa seperti pakaian kain sarung yang mana dahulunya ditenun dengan tangan. Sarung itu kini telah diganti dengan kain songket yang lebih mudah diperolehi.
Pakaian-pakaian ini pada sebelumnya dihiasi dengan beraneka jenis hiasan yang terdiri daripada barang-barang kemas, perak dan manik, hiasan diri dari perak dan barang terendak serta selendang.Walaupun pembuatan tekstil tenunan tangan tidak lagi dilakukan secara meluas di Sabah, namun masih juga terdapat beberapa kumpulan asli tertentu kaum yang masih menghasilkan secara tradisional menggunakan mesin tenunan lama dan lungsin.Masyarakat asli secara tradisi menenun gentian asli seperti `pisang lanut’(musa testiles), `lamba’(Curguligo latifolia) dan kapas(Gossypium herbaceum) dengan menggunakan tenunan lama untuk dijadikan kain yang kemudiannya diwarnakan dengan nila(indigofera tinetoria) untuk mendapatkan warna biru tua. Warna ini adalah warna kegemaran kerana nila mudah diperolehi dan tidak mudah luntur. Bagi menghiasi pakaian lelaki dan perempuan pada masa lalu, batu akik merah, manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga adalah penghias utama kepada pakaian-pakaian tersebut. Bagaimanapun pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak labuci serta benang berwarna. Untuk mengamati dengan lebih jelas lagi mengenai pakaian-pakaian tradisional di Sabah, anda dipelawa untuk datang melawat ke Muzium Negeri Sabah dimana semua pakaian-pakaian tradisi masyarakat Sabah ada dipamerkan di sini. Datanglah ke Sabah sempena Tahun Melawat MALAYSIA 2007.

About Me

assalamualaikum......haiiii
saya nurul effa nirza bt matlie. member panggil along @ nurul. saya anak sulung daripada 4 orang adik beradik. berasal dari kota belud sabah, saya pelajar tahun 2 kat UMS n ambil kos Enterprenuership saya nie jenis open minded dan sporting. saya kalau nak berkawan tak pilih bulu atau memilih.kata orang berkawan biar seribu pastu kalau ada member nak kongsi masalah n nak borak ngan saya,saya akan sedia mendengarnya. pendengar setia lah katakan ....selain tu saya nie suka berjalan so tak hairan lah ada member gelar saya ni kuat jalan. itu lah serba sedikit tentang diri saya ok lah itu saja