Thursday, September 27, 2007

HOW TO IMPROVE TEACHING & LEARNING IN THIS CLASS

Pada pendapat saya, cara untuk meningkatkan pembelajaran di dalam kelas puan Hasnah mestilah lebih berkomunikasi dengan pelajar-pelajarnya. Hal ini bertujuan untuk membina kemesraan di antara pengajar dan para pelajar. para pelajar pula mestilah memberi komitmen dengan memberi kerjasama kepada pensyarah.

Interaksi dengan menggunakan cara menyoal dan menjawab juga merupakan salah satu contoh cara komunikasi yang berkesan disamping dapat memberikan kefahaman yang baik kepada pelajar berkaitan dengan tajuk yang diajar di dalam kuliah.

kaedah lain ialah ketika proses pembelajaran diadakan pelajar digalakkan menggunakan laptop atau dekstop kerana kaedah ini sangat sesuai dengan kursus ini. Kaedah ini dilaksanakan apabila pensyarah sedang mengajar tentang cara2 untuk menggunakan kemudahan2 didalam perkhidmatan internet para pelajar pula terus mengaplikasikan pelajaran tersebut agar mereka faham atau tahu bagaimana untuk menggunakannya. kaedah yang saya jelaskan ini adalah berbentuk teori dan praktikal. Hal ini kerana menurut pemerhatian saya kaedah praktikal ini lebih mudah diterima dan difahami oleh para pelajar disamping membentuk persekitaran pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

No comments: